July 7, 2011

Yuran Astro Naik Lagi

Dalam heboh2 rakyat Malaysia berhujah sana sini tentang demonstrasi haram anjuran pembangkang, Astro pula mengatur langkah mencetak surat2 kepada para pelanggan memberitahu tentang kenaikan yuran bulanan mereka. Membuka sampul surat yang disangka bil bulanan rupanya adalah notis pemberitahuan tentang harga langganan baru berkuat kuasa serta merta. wahhh!

Baru2 ni ada dengar cite ura2 Astro hendak menaikkan harga yuran bulanan mereka telah mendapat perhatian hingga didebatkan di parlimen. bersungguh2 pak menteri kata stesen TV berbayar tu tak boleh sewenang2nya menaikan yuran mereka. tapi, apa kesudahannya? konon bincang2 dan bangkang2, tapi NAIK jugak...alamak, depa ni sume lip service jer... nak menunjukkan kerajaan ada mengambil kisah akan hal2 yg melibatkan kenaikan kos yg perlu dibebankan kepada rakyat. tapi..... nampaknya macam gimik jer. buat sakit hati jer. siapa yg lebih berkuasa ?

Harga pakej bulanan semasa anda : RM 105.95
Harga pajek bulanan baru anda : RM 112.95

*semua harga pakej tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan 6%.

bagus Astro nie, siapa boleh nak sekat dia? paling2 mereka2 akan berkata, tak nak bayar tak payah langgan... nampak sangat kita ni macam mentimun.

No comments: