July 25, 2011

Rukun Islam

5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan haji di Mekah jika mampu.

Dari laman web rasmi penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia ; tarikh mencerap anak bulan ramadhan bagi penetapan awal puasa bagi tahun 2011 ialah pada 31hb Julai 2011.

Maknanya besar kemungkinan kita akan mula berpuasa pada Hari Isnin 1hb Ogos 2011.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)

Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan yang sentiasa dinanti2 oleh umat islam seluruh dunia. Sama2lah kita menjalani ibadah puasa dengan pahala berganda dan membersihkan bukan sahaja perut kita, tetapi hati kita.

Di bulan ini adalah masa yg tepat sekiranya kita sering terlupa selama ini untuk sama2 menginsafi akan bagaimana rasanya menjadi insan2 malang yg sering kelaparan sepanjang tahun. Jika kita hanya menahan nafsu kita dan berlapar siang hari di bulan ramadhan, masih ada mereka2 yg berlapar siang dan malam akibat kefakiran atau bencana berpanjangan. Pastinya mereka2 ini akan mengalir air mata sekiranya melihat apa yg kita makan semasa berbuka puasa dan apa yg kita akan buang menjelang siang harinya nanti. Barangkali apa yg kita bazirkan itu adalah 100 kali lebih baik dari apa yg dapat mereka masukkan ke dalam mulut mereka. Aku insaf.

Ingatan ini adalah buat diriku supaya aku tidak akan terlupa. InsyaAllah aku berazam akan berkongsi rezeki.

No comments: