November 14, 2011

Apa Nak Jadi...

Aku ni suka juga merayau2 membaca blog2 berkaitan politik untuk mengetahui perkembangan semasa. Dan yang pasti setiap kali masuk ke dalam daerah itu, darahku mesti naik! tak tahulah mengapa politik menjadi begitu menjengkelkan sekali sekarang ini. kalau tak membaca taklah tahu, bila membaca dan mendapat tahu tentang bermacam2 kerenah dan perbuatan politikus2 ini memang boleh sangat menyumbang kepada high blood pressure.

pada pandangan aku, semua orang patut setidak2nya mengambil tahu perkembangan semasa. walaupun mungkin ada yang berkata mereka adalah golongan di atas pagar, jadi:  suko demo la oghe politik nu nak buak gapo pong.  tetapi walau kita duduk bertenggek di atas pagar setidak2nya mata kita masih nampak apa yang sebenarnya sedang terjadi.  Golongan yang ini biasanya minda mereka lebih tertumpu hanya kepada kehidupan seharian masing2;  tapi boleh ke kita buat bodoh aje sekiranya melihat ada kegiatan huru hara sedang berlaku di keliling kita. Lama-lama pagar tempat bertenggek tu boleh roboh dan semua tergolek ke bawah. Apa nak buat dah pada masa itu? Bukan kah mencegah lebih baik dari membina tembok tempat bertenggek yang baru. Less messy.

Sedar atau separa sedar kita sebenarnya tahu apa yang kita harapkan. kita patut arif menimbang yang mana membawa kebaikan dan yang mana mendatangkan keburukan. Jika bangsa kita ini tidak kuat dan tidak bersatu seperti dahulu, sangat bimbang tanah melayu ini akan dijajah kembali dan akan hilang kedaulatannya dalam ertikata sebenar. dan penjajah itu bukan semestinya berupa kuasa dari luar. fikirlah kebarangkalian tentang penjajahan yang sedang berlaku dari dalaman tanpa kita sedari.

Sebab itu adanya peribahasa melayu, musang berbulu ayam. Ayam duduk dalam reban yang berpagar, tapi harapkan pagar, pagar tolong musang makan ayam. Kata pagar, sebab ayam yang makan padi!  Hahahaha!! Entah lah Labu…..
.

No comments: