November 16, 2011

Hadiah Buku

Hari ini aku ke pejabat membawa sebuah buku untuk dibaca. Buku hadiah dari hubby tercehenta. Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps (translated edition). Aku baru membaca introductionnya malam tadi dan berpendapat ianya amat menarik.

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina itu lebih baik daripada yang lain. Buku ini menurut penulisnya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina dan juga memahami diri sendiri, supaya kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih baik sesama pasangan.

persoalan yang dikupas :
  • mengapa lelaki mendengar seperti patung
  • mengapa peta boleh menyebabkan perceraian
  • mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta
  • mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
  • mengapa apabila wanita bercakap lelaki terasa dileteri
  • mengapa wanita menghargai perhubungan, lelaki menghargai kerja
  • mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar
  • mengapa lelaki hanya mampu melakukan satu perkara pada satu masa
huh!! banyaknya isu!!! harus aku cepat membacanya kerana kelihatan amat terserlah realiti yang tertulis dan tak sabar rasa ingin mengetahui lebih lanjut!

No comments: