November 21, 2011

Di Saat Aku Mencintaimu

Hari minggu semalam ada jemputan makan kenduri di Kajang. Sebenarnya tak rajin sangat pun nak pergi, tapi oleh kerana pengantin tu kawan sebantal hubby yang agak rapat jugaklah suatu ketika dulu, jadi aku pun menemaninya pergi menghadirikan diri.  Kami sampai sekitar pukul 2+ ptg dan pengantin sedang menikmati hidangan makan adap-adapan. Setelah selesai kami melayan diri, pergilah berjumpa dengan pengantin Faizal & Firuze mengucap selamat dan meminta diri untuk pulang. Selamat Pengantin Baru you two. kami tak snap gambar pun, sebab malas nak masuk di antara mereka2 yg memegang camera yg canggih. sebab kami hanya ada phone camera aje :-P

Elok2 kami masuk ke dalam kereta hendak pulang, hujan turun dengan begitu lebat sekali! Syukurlah timing kami sangat baik sekali, jika tidak harus kami terpaksa menunggu di kenduri tu dan bersabar dengan gerombolan kanak2 set2 tadika yang sangat energetic, berlari gembira ria ke sana sini tanpa arah tujuan. ampun.
 
Balik dari majlis kenduri tu, dengan pakaian sedondon dan perasan glam gitu, kami menyinggah ke sumaket dekat umah kerana aku hendak membeli beberapa barangan keperluan. masa kami sampai ke situ, kelihatan langit mendung dan hujan seperti telah berlalu. Rupanya masa kami berada di dalam sumaket tiba2 hujan mencurah2 dengan lebatnya! Nasib baiklah jugak ada rezeki kami dapat parking di dalam parking lot sumaket yang berbumbung tu. Kami pelan2 jelah kat sana sambil menanti hujan sedikit reda. Lepas tu hubby pulak ajak lepak kat cafe tutti fruitti yg terletak tak jauh dari sumaket, masa tu hujan renyai2. aku ok jer, but suggest we share sebab takut tak boleh habis kalau ambil semangkuk seorang. Press sana sana, tambah itu ini, tu dia RM 20.00 untuk semangkuk frozen yogurt! amek ko! hehe! 
 
sambil makan tu ada dendangan lagu mendayu yg sangat syahadu yang biasa jugak kudengar tapi tak tahu apa tajuknya. bila kutanya en hubby dia tahu siapa penyanyi lagu tu sebab dia agak giat mengikuti perkembangan dalam muzik berbanding aku. so aku pesan kat dia soh googlekan lagu tu utk aku down load dalam BB aku. tangkap leleh tu! tak boleh bayangkan macamanalah perasaan kalau baru lepas putus cinta dan mendengar lagu ni. mau meraung de!

Dadali / Di Saat Aku Mencintaimu
mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku


menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

No comments: