Duapuluh tahun kemudian aku akhirnya berjaya merealisasikan impianku itu. Perjalanan yang sebegitu lama untuk mencapai apa yang pernah kuangankan suatu ketika dahulu. Itu adalah takdirku. Lambat atau cepat bergantung kepada usaha sendiri dan keredhaan Allah. Walaupun sepanjang perjalanan itu penuh dengan cabaran dan ranjau aku bersyukur kerana semua itu dapat kutempuhi dengan tabah.
Kehidupan ini tidaklah seperti yang kita jangka. Harapan yang kita sandarkan melalui impian tidak mestinya semua akan menjadi kenyataan. Untuk yang bernasib baik, bersyukurlah sekiranya mendapat apa yang dicari dan dicita2kan selama ini. Sekiranya kita tidak berjaya mengapai apa yang kita cita2kan, usahlah merasakan diri tidak bernasib baik, berfikirklah semula bahawa sekiranya kita susah, masih ada orang yang keadaannya lebih sukar dari kita. Redhalah dengan apa yang kita ada, mungkin sesungguhnya itulah yang lebih baik buat kita, kerana tidak semestinya apa yang kita mahukan itu adalah baik untuk kita. Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah.
Banyak lagi impianku yang samada tidak tercapai , belum tercapai , atau hancur berkecai. Apa2pun dalam usiaku kini aku ingin menutup buku tentang segala impianku yang tak kesampaian itu. Cuma satu lagi hasratku yang kekal dan amat besar yang ingin kulaksanakan : mengerjakan ibadah haji di Mekah.
No comments:
Post a Comment