Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ni… ada-ada saja alasan yang boleh disenaraikan, kesibukan kerja adalah alasan yang yang paling mudah! Tetapi yang sebenarnya bila terlalu lama ditinggalkan akan kehilangan rentak dan keinginan untuk menulis. Hari ini aku himpunkan semula semangat untuk mengemaskini blog ku ini.
Sebenarnya selepas Aidil Fitri dan sepanjang Oktober hingga kini ada banyak isu-isu kerja yang memerlukan aku kerap kali terpaksa berulang alik menghadiri mesyuarat di Plant. Alhamdulillah perkembangan sekarang adalah positive dan ada kemajuan ke arah penyelesaian. Cara2 seseorang menangani keadaan ketika berlaku sesuatu krisis ternyata menyerlahkan sikap sebenar seseorang itu. Padaku cara2 untuk menghadapi sesuatu krisis ialah untuk bersama-sama berusaha mengatasi dan mencari jalan penyelesaian disamping perlu bersabar, bukan dengan cara menunding jari dan berburuk sangka terhadap sesama sendiri.
Human relationship atau hubungan kemanusiaan adalah sangat penting dan setiap orang ingin dilayan dengan cara yang terhormat. Ianya akan banyak membantu kumpulan untuk bekerjasama dan menghargai satu sama lain. Keadaan ini akan menimbulkan rasa hormat dan kepercayaan kepada kepimpinan seseorang ketua. Seorang ketua harus sama-sama menyelesaikan masalah dah bukannya mencari apa kesalahan yang dilakukan seseorang individu.
Aku sentiasa teringat akan cara kerja yang diamalkan oleh bekas ketua jabatan di tempat kerja lama ku yang sangat aku hormati. Dia akan selalu menolong kami mencari penyelesaian dan bukan dengan menambah-kusutkan keadaan dengan meletakkan kesalahan kepada pekerja seliaannya.
Aku ada membaca artikel “Human Relation Skills” ni di website (telah kuterjemahkan ke BM) :
- Sekiranya digunakan sebaiknya, skill ini akan dapat membentuk ketua2 yang berwawasan dan dihormati
- Akan dapat menyatukan kumpulan dan setiap ahli akan memberikan kerjasama yang baik
- Bersama memberi idea dan tindakbalas yang baik dalam mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
- Dapat merapatkan hubungan dan menjana ruang interaksi yang positif
No comments:
Post a Comment