January 12, 2011

Pengumunan...Pengumuman!

big boss aku bermurah hati hendak memberi token kepada staffnya sempena ulang tahun ke 5 pengambilalihan plant . finance manager telah membuat arrangement dan aku diarahkan pergi ke jusco mid valley untuk mengambil cash voucher bernilai RM44k utk diagih2kan kepada semua staff.

aku diiringi personnel from finance and my executive pun bertolak ke mid valley around 10.00 am. kami bertiga sampai ke sana dalam pukul 10.30 am. sampai di customer service counter jusco aku lihat ada beberapa pelanggan sedang berurusan di situ. aku mendekati seorang staff yg berada di situ dan memberitahunya yang kami ingin mengambil cash voucher utk syarikat kami. dia pun bertanya "ada surat?" aku jawab "tentulah ada!" lepas melihat surat tu, dia pun besuara dengan lantangnya, "ohhhhhh!! ni yg cash voucher empat puluh empat ribu tu yer!! Kak, dia org nak collect cash voucer EMPAT PULUH EMPAT RIBU RINGGIT tu!!" aku punyalah terkejut dia boleh buat statement yang sungguh lancang tu! customer yg kat counter tu mula melihat2 ke arah kami membuatkan aku berasa sungguh tak selesa.

Aku punyalah bisik2 cakap dengan dia, dia boleh pulak buat pengumuman awam dengan suaranya yg macam speaker tu! sungguh mengancam keselamatan betul lah pompuan ni! aku bukan apa, bimbang dengan kebarangkalian terjadi incident yg tidak diingini sekiranya ada orang2 yg berniat tidak baik berkeliaran di sekitar mall tersebut. sekiranya terjadi apa2 kepada harta yg kami bawa keluar tu, adakah jusco akan bertanggungjawab?

nasib lah aku mengiggit lidah dan tidak mengherdik si perempuan tu memandangkan ada customer yg berdiri di sekitar kaunter tu. aku memujuk hati, tak per...sabar. dia bekerja di kaunter tu jer. maybe dia kurang membaca akhbar dan kurang mendengar cerita tentang macam2 kejadian jenayah yang boleh berlaku di mana2. dia tidak langsung memikirkan keselamatan kami. akibat dari mulut speakernya memungkinkan kami diekori hingga ke parking dan boleh terjadi kejadian rompakan dan kecederaan.

Alhamdulillah kami selamat kembali ke opis. harap2 mereka2 semua ini peka dengan kes2 jenayah dan kejadian yg tidak dijangka yg boleh berlaku di sekitar kita.

2 comments:

Anna said...

Kalau aku kan, aku sound direct jer..Giler kentang betul minah tuh..totally takde PR..leh panggil Bongoks gak kan..ish ish

Unknown said...

itula pasal... mmg ada org yg macam tu! nak wat cemana..