Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa
Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
Bagaimana kutidur di dadamu
Dan kau cuba mengeringkan airmata
Tapi aku tidak dapat bersuara
Apabila setiap kata-kataku
Telah menjadi sebuah dosa
Bila kau bertanya sesuatu
Paling mudah menjawab ”tidak tahu”
Kerana berkata benar
Telah menjadi sebuah dosa
Dan apalagi yang tinggal
Selain mulut yang bisu
Bila suaraku
Telah menjadi merbahaya
Dan kata-kata
Telah menjadi sebuah dosa
Zurinah Hassan 1977
http://zurinahhassan.blogspot.com
ini yang baru kubaca dan aku suka pula pada bait-bait puitisnya...yang amat dekat dengan kehidupan ini. Jiwang kan! Heaaa!
Yang Pasti
Kau mungkin bukan lelaki terbaik
Tapi buat perempuan sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih
Darimu
Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tapi dalam keadaan begini
Aku tidak meminta yang lebih baik
Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang menjadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu
Atau mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Kita tidak perlu terlalu pasti
Zurinah Hassan 2008
http://zurinahhassan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment