June 18, 2010

*Last Day of Cuti Sekolah

Hari ini aku keluar dari rumah sekitar pukul 6.45 pagi. agak terlewat dari kebiasaan. tetapi seperti di duga, jalanraya tidak sesibuk mana, dan aku sampai di pejabat pada 7.15 : cuma setengah jam pemanduan. seronok. cuti sekolah memang menyumbangkan kelegaan di jalanraya. hari ini ialah hari terakhir cuti, dan hari isnin minggu hadapan, pastinya keadaan akan kembali pulih seperti biasa.

Tetapi agak sedih kerana selalu pada cuti2 sekolah begini, kisah kemalangan yang melibatkan keluarga yang bercuti kerap dilaporkan. beberapa hari lepas 6 sekeluarga melayu maut di lebuhraya kuantan-segamat, surat khabar hari ini pula menyiarkan berita 5 sekeluarga cina maut di lebuhraya yang sama. Sebelum itu tersiar kisah 3 beradik maut apabila kereta mereka melanggar besi pengadang di plaza tol: si abang yang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah sesudah mengambil adiknya yang pulang untuk bercuti semester. Ayah dan Ibu kehilangan beberapa orang anak sekali gus; anak2 menjadi yatim piatu apabila penjaga mereka terbunuh; suami / isteri kehilangan pasangan hidup. sedih sungguh.

Doaku setiap pagi semasa memulakan perjalanan ku : Ya Allah, selamatkanlah aku, anak2ku dan suamiku di sepanjang perjalanan kami mencari rezeki dan ilmu. Lindungilah kami, kenderaan kami, dan orang2 di sekitar kami dari sebarang kecelakaan sewaktu di jalanraya. Aminnn.

No comments: