June 21, 2010

*Hidangan Pagi Ahad

Hari Ahad datang lagi, dan pergi semula. ianya adalah siaran ulangan yang tidak akan behenti selagi dunia belum kiamat. Bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih bernafas pada hari Ahad lepas.

Pada petang Sabtu aku membuat perancangan untuk memasak laksa johor kegemaranku untuk di makan pada hari minggu. Jadi petang itu aku dan B ke kedai membeli barang2 yang perlu untuk merealisasikan rancanganku itu. 8.45 pagi Ahad aku memulakan urusanku di dapur. Laksa Johor siap untuk di makan pada pukul 10.30 pagi. Tercapai hajatku membuat laksa untuk hidangan keluarga di hari minggu itu.

Membaca akhbar mingguan adalah rutin kami sekeluarga. Ada berita yang memualkan tentang betapa kegiatan pelacuran di Malaysia ini semakin berleluasa dan seakan tidak mampu dibendung kerajaan. Bayangkanlah betapa murahnya nilai untuk melanggan pelacur : serendah RM20.00, dengan tidak perlu bersusah payah mencari, mereka yang akan membuat tawaran khidmat murahan mereka secara terbuka! Tolonglah Negaraku... mengapa terlalu longgar pintu masuk yang meluluskan kemasukan pelacur2 dari luar yang memegang status pelancung. Yang dikejar2 ialah pelancung, yang sama ramai memasuki Malaysia ialah pelacur. Bagaimana moral tidak menjadi semakin parah di kalangan masyarakat kita apabila yang tidak bermoral diberi peluang menjaja perniagaan mereka di sini? Serbuan demi serbuan, tangkapan demi tangkapan telah dibuat, tapi seperti tidak ada surutnya. Entahlah...

Biarlah aku menikmati laksaku bersama keluarga. Biarlah pak2 menteri yang membawa masuk pelacur2 itu mencari penyelesaian kepada masalah itu. Terdesak sangatkah kita hingga menjemput tidak kira siapapun untuk datang melancung ke negara ini? Aku cukup bimbang akan balasan Tuhan yang tidak diduga bila datangnya kepada umat manusia yang mungkar dan kufur nikmatNya. Subhanallah...

No comments: