June 16, 2010

*Alahai Gula...

Nampaknya kesukaran mencari gula masih berterusan dan telah mula berjangkit ke tempat tinggalku di BTHO! haha!! dulu aku ingatkan kejadian pelik tersebut berlaku di kampung ibuku sahaja... kini nampaknya telah menjadi masalah negara!

Beberapa tahun yang lepas, telah terjadi juga masalah kekurangan gula, dan juga beberapa masalah seumpama.tentang kekurangan gula di Mesia, Menteri berkata " kurangkan penggunaan gula di dalam makanan, lebih baik untuk kesihatan.." Dan apabila harga barangan meningkat akibat kenaikan harga petrol, nasihat menteri " marilah kita ubah cara hidup...!" bila harga ayam melambung ke langit, kita disuruh makan ikan. macam tu ek....amboi senangnya... agaknya menjadi orang politik ni memang senang. cuma fikir bagaimana nak menghasilkan tag line yang bagus2 untuk diikuti oleh rakyat! tapi ingat, nasihat2 itu hanyalah untuk rakyat sahaja... sebab nasihat ialah sesuatu untuk diberi kepada orang lain tetapi tidak perlu untuk si pemberi nasihat. apa2 jua kenaikan yg berlaku di mesia, tag line ni adalah paling popular dan skema "harga dot.dot.dot kita adalah yang terendah si rantau asian (kalau tak di dunia)" haaa...ape kita nak kata lagi? hehe!! layannnnn......

aku ni cuma rakyat marhaen, luas dapur rumah menteri2 mesia mungkin sama besar dengan keseluruhan rumahku. pendapatanku sebulan aku mungkin sama dengan allowance anak2 menteri. hmmm....bestnya jadi menteri

No comments: