June 29, 2010

*Rumah Hantu

Akhbar Berita Harian pagi ini ada kisah "hantu" mengambil kesempatan di atas pengunjung wanita di rumah hantu di Kuantan. Kisah di akhbar itu membuatkan aku teringat semasa aku terpaksa memasuki istana hantu "the Van Helsing Castle" semasa di Universal Studios. Aku memanglah seorang yang amat penakut dan tidak sama sekali rela untuk ditakut2kan. Masalahnya, semasa itu, aku tidak mempunyai pilihan selain terpaksa masuk ke alam seram itu.

Kisah ini tak silap aku berlaku di tahun 2006. aku masih berkerja di TSSB waktu itu; dan kena escort customer dari PGB ke Dallas untuk witness engine teardown. Selesai tugasan di Dallas, kami ke office di San Diego, California sebelum mamat 2 orang tu, Zul & Khairul membuat keputusan untuk melawat Universal Studios. Kami menyewa kereta untuk perjalanan ke sana dan itulah juga kali pertama aku mencuba pemanduan sebelah kiri dengan agak kekoknya. Aku dan Khairul bergilir2 memandu sepanjang perjalanan ke Universal Studios tu. Kami bergerak subuh2 sapei so kami sampai agak awal pagi, dan Q tak berapa panjang semasa hendak membeli tiket.

Persekitaraan di dalam Universal Studios memanglah hi-tech, sungguh menakjubkan, sungguh berwarna warni dan amat canggih sekali. Sungguhlah aku merasa bertuah kerana dapat bercuti sambil bekerja, pergi pula membuat lawatan ke tempat yang sungguh unik sebegitu. Macam-macam ada: namun masa sehari kunjungan tidak mencukupi untuk kami membuat lawatan ke setiap lokasi.

Pada ketika itu, filem Van Helsing telah pun di tayangkan di panggung, tetapi aku tidaklah pergi menontonnya kerana tidak begitu meminati cerita2 dracula ni. Istana hantu Van Helsing di Universal Studios ini adalah cetusan dari filem tersebut. Pemandangan di luar castle itu sahaja sudah cukup menyeramkan ; aku tak berdaya membantah tetapi hanya mengikut sahaja mamat 2 orang ni melangkah masuk ke istana hantu tu. Tidak banyak yang aku mampu lihat kerana aku yang berjalan di belakang Zul lebih banyak memeluk bag pack dia dari memandang kiri kanan! Seolah-olah si buta yang berpaut kepada pelampung keselamatan adanya.














MasyaAllah, sungguhlah seram keadaan di dalam istana itu, sudahlah gelap, penuh dengan lorong2 sempit dengan dracula tiba2 muncul dari mana2 sudut, dan mummia hidup yang bergerak2 dan mengerang2. Terpaksa pula melalui jambatan kayu yg macam nak roboh...di bawahnya pula sungai yang mengalir deras. sungguh mengerikan.

Jikalau tidak memikirkan aku berada di tempat orang yang sangat asing, tentu aku akan menunggu mereka di pintu masuk istana sahaja. Itulah pengalaman si penakut di istana hantu yang membuatkan aku tersenyum apabila terkenangkan!

No comments: