June 15, 2010

*June Yang Mahal

Cukai Jalan dan Insuran Lela akan tamat tempuh hujung bulan ini. Aku telah pun membuat urusan dengan bank untuk memperbaharui insurans. Tadi aku ke Affin Bank berdekatan KLCC untuk membayar sejumlah wang untuk pihak insurans memperbaharui cukai jalan.

Perbelanjaanku di bulan ini sungguh meriah. permulaannya permintaan dari Anakku2 untuk membeli "baju kot" umtuk kursus perhotelahnya. Beratuslah juga harganya. Di awal bulan aku telah memperuntukkan sejumlah wang untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran motor, juga untuk Anakku2. Lelaku pula sudah tiba masa untuk servis dan diganti tayar selepas tiga tahun hayatnya. Dan sekarang ini, peruntukan memperbaharui cukai jalan.

Aku sentiasa berdoa semoga tiba suatu hari nanti, wang tidak akan menjadi masalah di dalam kehidupanku. Jika tidak kaya, cukuplah mempunyai ketenangan dengan sejumlah simpanan yang sentiasa cukup untuk menampung apa2 jua keperluan kami sekeluarga dan ibuku.

No comments: