June 11, 2010

*dapat Teddy Bear!

Petang semalam aku pegi Exhibition on Instrumentation, Control & Automation (ICA) kat KLCC Convention Centre. Biasalah pegi exhibition ni saja2 pusing tengok2 produk dan vendor2 yg kenal, atau yg baru nak kenal sambil kutip2 katalog & souvenir. Yang biasa2 akan dapat di exhibition2 cam ni adalah paper bag or cloth bag yg diberi untuk menampung katalog2 yg diambil dari setiap booth yg dilawati... pen & gula2 adalah perkara biasa yg boleh kita dapat percuma.

Tapi kali ni, aku dah malas nak amek katalog sebab sume tu boleh didapati dari internet. aku tak nak lagi membazir tenaga membawa beg penuh ngan katalog ke hulu hilir! last year masa pegi OGA, rasa mcm nak patah tangan berbondong2 mengangkut katalog, masa tu aku pegi ngan Ros & RD. nak jalan pun dah tak larat, berat! bila dikenang kembali, jadi lucu pulak! actually bukan buat apa pun ngan katalog2 tu! menimbun kat opis! sebab tu skng aku dah tak nak ulangi lagi, serik! so aku jalan2 sambil lawat2 booth jer...

ada satu booth ni lain sket! aku tengok ramai dok keliling satu kotak plastik yg penuh ngan teddy bear! wah, rupenya ada org tengah cuba memancing teddy bear! comel gak! aku pun sibuk2 sama dan melihat bagaimana cara utk dapatkan teddy bear tu... alamak, tak senang jugak rupanya. beberapa org mencuba tapi tak berjaya! macam kat fun fare la plk! tapi caranya mudah, tak pakai duit pun, cuma bagi name card kat amoi yg duduk sebelah box tu, dan dia akan bagi token. masukkan token yg mcm syiling 20 sen tu ke dlm slot. ada 2 button yg perlu digunakan. satu utk gerakkan tangan besi dlm kotak tu supaya berada di tempat yg strategik untuk mencengkam teddy bear. selepas puas hati ngan location tangan besi tu, kita kena push button yg satu lagi pulak utk menurunkannya. tangan besi tu pun turun dan cuba mencengkam bahagian teddy bear yg kita dah aim tu.... ramai yg cuba aim kepala teddy bear, tetapi tak lekat! hehe!!

lepas melihat kegigihan beberapa org pemancing2 teddy bear tu, aku teruja pulak untuk mencuba! so aku hulurkan name card kat amoi tu dan dia memberi sekeping token kepadaku. aku pun adjust tangan besi dlam kotak plastik tu supaya berada di atas kaki teddy bear tu....cuba tangkap kaki la plk kan!

puas belek2 lokasi tangan besi tu dari beberapa sudut, aku pun tekan butang "catch!" and woillawoiii!! cantik jer tangan besi tu lekat kat kaki dan mengangkut teddy bear tu dan letakkan ke lubang dispenser! yea!yeaa!!! aku dapat teddy bear!! cayalah kat aku!!

No comments: