June 14, 2010

*Hari Minggu Yg Biasa

Hari Minggu adalah hari yg best sebab boleh releks2 dan baca gossip di akhbar mingguan. Kami jarang sekali membeli paper pada hari2 biasa (baca di internet jer), tapi pada hari minggu biasanya akan ada 4 surat khabar di rumah. Semalam sambil2 baca surat khabar sambil tengok "jalan2 cari makan" and tunggu tengok "melodi" kat TV. Heaaa....Layannn.... sambil makan roti ngan sardin.

Dalam paper mingguan semalam aku melihat gambar Che Det and Dr Asmah bergambar di suatu majlis perkahwinan yg dihadiri mereka. Nampak cool jer. Seingat aku, kemuncak zaman kegemilangan Malaysia ialah semasa pemerintahan Che Det, majoriti rakyat happy jer masa tu! and i was then so proud to be Malaysian. Semangat kenegaraan begitu tinggi pada ketika itu. Tapi selepas Che Det melepaskan jawatannya, keadaan tidak lagi seperti sebelumnya. aku kini semakin menjadi bosan melihat kerenah org2 politik yg semakin menjengkilkan, baik pemerintah maupun pembangkang. How i wish there'll be someone like Che Det with the great vision to lead Malaysia like he did di zaman kegemilangan Malaysia Boleh suatu ketika dulu...

Aku masih ingat kenangan yang paling best, masa aku dapat bersalam ngan Che Det di pasar ramadhan di kampong baru banyak tahun yg lalu semasa di zaman pemerintahannya. Sungguh aku tergamam apabila tiba2 aku berdepan one to one ngan Che Det! Aku tak dapat membuka mulutku untuk berkata walau sepatah perkataan pun. Tapi nasib baik aku berjaya menggerakkan tanganku untuk bersalaman dengan Che Det yg tersenyum memandangku ketika itu. sukaa sangattt...Hmmmmm... nostalgia la pulak. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kesihatan yg baik buat Che Det dan Dr Asmah.

No comments: